SKIM PERLINDUNGAN UNTUK KELOMPOK B40 SERTA PERLAKSANAAN INSURANS MIKRO DI MALAYSIA

Insurans mikro mahupun takaful
mikro merupakan satu fenomena di negara-negara Islam seperti Malaysia,
Indonesia dan Nigeria. Hal ini adalah kerana insuranbs mikro adalah salah satu
daripada produk insurans tetapi skim ini merupakan produk perlindungan insurans
yang dikhaskan kepada golongan masyarakat yang berpendapatan rendah atau
kelompok B40. Insurans mikro adalah salah satu elemen penting dalam membangunkan
ekonomi negara dan didapati berkesan dalam menangani risiko apabila sebarang kejadian
yang tidak dijangka ataupun  musibah
berlaku menimpa mereka. Seterusnya artikel ini membincangkan tentang pengertian
dan perlaksanaan insurans mikro di Malaysia. Di samping itu, kajian ini turut
memfokuskan kepada beberapa insurans mikro yang dikhaskan untuk kelompok B40
yang telah dilaksanakan oleh beberapa syarikat insurans di Malaysia.

Katakunci : Insurans mikro, kelompok B4,
golongan berpendapatan rendah

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Pengenalan

 

Kini
kewangan mikro telah menjadi salah satu kepentingan kepada isi rumah  yang berpendapatan rendah. Insurans mikro
adalah produk perlindungan insurans yang ditawarkan kepada  golongan masyarakat berpendapatan rendah pada
kadar premium yang berpatutan. Ini adalah untuk tidak membebankan isi rumah
yang berpendapatan rendah  dan berpadanan
dengan tahap perlindungan yang bakal diterima ketika ditimpa suatu musibah. Insurans
mikro telah dilihat sebagai satu pendekatan yang berkesan dan mampu
menangani  sebarang risiko yang tidak
diduga berlaku (Fatin Nabilah, Kamaruzaman, 2014) . Menurut Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim insurans mikro ini memberi perlindungan
bagi kecederaan, kemalangan atau kematian pihak ketiga serta pampasan bagi
penyakit.

Insurans
mikro seterusnya ditawarkan secara meluas sebagai perlindungan kepada isi rumah
yang berpendatan rendah untuk menangani sebarang bencana yang berlaku. Menurut
Bank Negara Malaysia pada tahun 2016, hanya 4% daripada dalam kalangan isi
rumah yang berpendapatan yang mempunyai perlindungan insurans hayat dan takaful
keluarga. Hal ini adalah kerana kurangnya pendedahan mengenai kepentingan
perlindungan insurans atau takaful dan setiap perlindungan insurans biasanya
memerlukan kos premium yang tinggi. Namun yang demikian,  Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan
produk insurans dan takaful mikro untuk membantu golongan isi rumah yang berpendapatan
rendah dan seterusnya menyediakan perkhidmatan insurans untuk golongan ini.

Menurut
Malaysian Digest, golongan isi rumah
berpendapatan rendah yang mendapat RM3900 ke bawah adalah merujuk kepada kelompok
B40 dan pelbagai dasar kerajaan telah dilaksanakan untuk meningkatkan taraf
hidup golongan berkenaan. Di samping itu, dalam kenyataan Perdana Menteri
Malaysia menyatakan bahawa kerajaan menyokong usaha insurans dan takaful bagi
membangunkan produk kewangan untuk menepati keperluan golongan yang
berpendapatan rendah. Pelan perlindungan insurans biasanya mensasarkan kepada
golongan yang berpendapatan tinggi atau sederhana kerana setiap perlindungan
yang ditawarkan akan memerlukan kos yang mahal. Oleh itu, insurans mikro yang
dilaksanakan boleh dikhaskan untuk golongan yang berpendapatan seperti kelompok
B40.

Malahan
tidak semua golongan masyarakat mampu untuk membeli polisi insurans disebabkan
ketidakcukupan kewangan dan pendapatan yang diterima secara harian atau bulanan
adalah tidak mencukupi untuk membayar premium insurans. Terdapat 2.7 juta
rakyat Malaysia yang tergolong di dalam isi rumah berpendatan rendah yang tidak
mempunyai polisi insurans disebabkan kekurangan maklumat mengenainya dan
selebihnya adalah golongan berpendapatan tinggi sahaja yang sudah mempunyai
polisi insurans sebagai jaminan masa hadapan (Ikmal Kadir, 2014). Oleh itu, tujuan
kajian ini adalah untuk mengetahui skim perlindungan insurans yang ditawarkan
kepada golongan berpendapatan rendah serta kelompok B40 di Malaysia.

Hal
ini boleh dikaitkan bahawa golongan yang berpendapatan rendah mempunyai jangka
hayat yang pendek dan tahap kesihatan yang rendah berbanding dengan golongan
isi rumah yang lain (Anita Linell et al, 2010). Ini menunjukkan bahawa golongan
ini mempunyai tahap kewangan yang rendah tetapi sedar akan kepentingan memiliki
perlindungan insurans namun menghadapi masalah dalam membayar premium sedangkan
manfaatnya tidak dijangka.

 

 

Kajian Literatur

 

Golongan
isi rumah berpendapatan rendah yang mempunyai sumber kewangan yang terhad atau
lebih dikenali sebagai (B40) perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan mahupun
bukan kerajaan (Mohammad Ikmal Kadir, 2015). Golongan seperti ini biasanya
terdedah kepada pelbagai risiko dan amat sukar untuk ditangani kerana
kesempitan kewangan. Secara umumnya, risiki didefinisikan sinonim dengan
ketidakpastian terhadap sesuatu kerugian yang berlaku (Sigrid Vandemaele et al,
2009). Di samping itu, risiko juga dianggap sebagai satu musibah yang tidak
dijangka seterusnya mengakibatkan kerugian kepada pelbagai pihak (Crouhy et al,
2006). Menurut beberapa kajian empirikal menyatakan risiko dan kerosakan yang
tidak langsung boleh dikurangkan dengan pengagihan risiko melalui insurans (T.
Joji.Rao & Krishan K. Pandey, 2013; Swenja Surminski, 2014; Balogun
Kehinde, 2014)

Perkhidmatan
kewangan seperti insurans mikro yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan
institusi kewangan bukan bank telah memberi peluang kepada kelompok B40 ini
untuk menikmati perlindungan yang lebih baik (Fatin Nabilah binti Abdul Wahid,
Kamaruzaman bin Noordin, 2014)

Dr.
Pritibakhshi (2016) telah menjalankan kajian potensi insurans mikro terhadap
pembangunan sektor pembangunan insurans mikro di India. Hasil kajian mendapati,
insurans mikro adalah salah satu alat yang boleh mengurangkan risiko bagi
golongan yang berpendapatan rendah yang dianalisis menggunakan Insurance Regulatory and Development
Authority (IRDA). Berbeza dengan David Dror (2007) yang menganalisis
Insurans perubatan mikro terhadap 3,531 isi rumah dalam tempoh 3 bulan dan
kajian menunjukkan permintaan yang rendah terhadap insurans perubatan mikro.

Manakala
di Nigeria, Frank Bassey Ime & Acha Ikechukwu (2016) menganalisis tentang insurans
mikro dan potensi pembangunan ekonomi negara. Dapatan kajian menyatakan bahawa
peningkatan pembangunan dalam operasi mikro insurans dapat memberi kesedaran
kepada masyarakat serta membantu golongan isi rumah pendapatan rendah.

Khususnya
di Malaysia, Fatin Nabilah binti Abdul Wahid dan Kamaruzaman bin Noordin (2014)
telah melakukan kajian mengenai skim takaful serta prospek perlaksanaan takaful
mikro terhadap golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Hasil daripada kajian
menyatakan takaful mikro menyediakan perlindungan dengan harga yang berpatutan
dan mampu dimiliki oleh isi rumah yang berpendapatan rendah. Selain itu, Affiqka
Humaira Abdullah dan Emma Mohamad (2016) menganalisis mengenai tahap kesihatan
golongan lelaki yang berpendapatan rendah di Johor Bahru. Dapatan kajian
menunjukkan tahap pendidikan dan juga pendapatan isi rumah mempunyai hubungan
yang signifikan dengan tahap kesihatan seseorang.

 

Secara
kesimpulannya, kajian-kajian lepas menunjukkan perlaksanaan insurans dan
takaful mikro adalah memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan
sederhana. Oleh hal yang demikian, kajian selanjutnya perlu memfokuskan kepada
skim insurans mikro yang dilaksanakan untuk kelompok B40 di Malaysia.

 

Metodologi

 

Kajian
yang dijalankan ini adalah berbentuk kerja lapangan, dimana topik yang
dibincangkan merangkumi kaedah perlaksanaan dan sebahagian besar maklumat yang
diperoleh daripada kajian ilmiah, keratan akhbar, buku, artikel dan majalah.
Seterusnya dalam konteks kajian ini juga menggunakan beberapa jenis instrumen
untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan. Instrumen yang digunakan melibatkan
kerja penafsiran kualitatif dengan menggunakan teknik temubual.

Kaedah
temubual digunakan untuk memperolehi dan mengumpulkan data dengan cara
mengajukan soalan-soalan kepada wakil atau ejen institusi insurans dan takaful.
Ia merupakan satu proses aktif yang melibatkan dua individu , iaitu penemubual
dan responden. Temubual telah dijalankan bersama Mohd Shafie Nordin (wakil insurans)
untuk mendapatkan beberapa maklumat. Antara isu yang menjadi topik perbualan
ialah perlaksanaan insurans mikro dan perlindungan insurans bagi kelompok B40
di Malaysia.

 

 

 

 

Dapatan Kajian dan Analisis

 

Insurans
mikro adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada insurans yang
menawarkan premium yang rendah. Ia adalah salah satu daripada produk insurans
yang menawarkan perlindungan kepada golongan yang berpendapatan rendah atau
dikenali sebagai kelompok B40 dan juga memberikan pampasan kematian, penyakit
kritikal atau sebarang kecederaan.

Progrom
Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) yang diterajui oleh Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, telah mendefinisikan kelompok
B40 sebagai isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3, 860 sebulan.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz menyatakan terdapat 2.7
juta kelompok B40 di Malaysia. Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(JPM) , Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pula mendefinasikan kelompok B40 adalah
merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan sebanyak RM3,900 dan ke
bawah.

Seterusnya
menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER, 2014) menunjukkan purata
pendapatan bulanan untuk kumpulan isi rumah 40% terendah (B40) adalah RM2,537.
Hal ini dapat dilihat melalui statistik yang dinyatakan oleh Dato’ Charon Wardini
bin Mokhzani (2016) sebanyak 70% sumber pendapatan isi rumah B40 adalah hasil
daripada gaji atau upah dan pendapatan daripada bekerja sendiri. Secara
kesimpulannya, purata pendapatan untuk kumpulan isi rumah pertengahan 40% bagi
rakyat Malaysia adalah RM5, 662 manakala purata pendapatan untuk kumpulan isi
rumah 40% terendah adalah RM2,537 (Mustafa Ramdzuan Zakaria, 2016).

Di
samping itu, kelompok B40 biasanya tidak mempunyai wang untuk disimpan kerana
disebabkan lebih cenderung untuk membelanjakan pendapatan mereka untuk membeli
barangan keperluan seperti makanan dan juga kemudahan. Malah berbeza dengan golongan
berpendapatan tinggi  yang hanya
menggunakan peratusan yang lebih rendah untuk makanan dan keperluan asas yang
lain. Namun ketidakcukupan wang untuk disimpan telah menyebabkan perbelanjaan
mereka mudah dipengaruhi melalui perubahan dalam pendapatan. Pendapatan yang
rendah boleh menyebabkan  mereka tidak
mempunyai simpanan wang kerana pendapatan yang diperoleh adalah untuk
perbelanjaan harian (Ikmal Kadir, 2014)

Kelompok
B40 mempunyai tahap pemikiran berkaitan kewangan yang rendah dan disebabkan hal
ini berkemungkinan besar mereka tidak membeli insurans tetapi lebih cenderung
untuk membuat pinjaman kewangan. Seterusnya faktor-faktor ini akan menghalang
mereka daripada mempunyai kesedaran dalam membuat simpanan kewangan dan membeli
insurans. Ini adalah berbeza dengan golongan pendapatan sederhana dan tinggi.

 

1.      Skim
Khairat Kematian

 

Skim
Khairat Kematian (SKK) adalah skim yanggantikan insurans takaful berkelompok
(i-BRIM) yang telah dilaksanakan pada pemeberian BRIM pada tahun 2014 yang
lalu. SKK adalah memberi manfaat kepada waris penerima BRIM dengan bantuan
sebanyak RM1000 yang akan berkuat kuasa selama setahun iaitu dalam tempoh 1
Januaru 2017 sehingga 31 Disember 2017. Seterusnya, manfat akan dibayar
sekiranya berlaku kematian dalam tempoh perlindungan tersebut. Walaubagaimanapun,
SKK hanya layak untuk penerima BRIM yang terdapat dalam kategori isi rumah
berpendapatan rendah, E-kasih dan Warga Emas.

 

2.      Skim
insurans mampu milik

 

·        
Pelan Perlindungan Tenang

Pelan
ini adalah salah satu skim insurans mampu milik untuk memperkasakan kehidupan
rakyat melalui kaedah yang lebih berinovasi yang dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia
(BNM). Menurut Hardi Effendi Yaacob (2017) menyatakan dengan pengenalan pelan
ini akan lebih menarik ramai masyarakat terutamanya golongan berpendapatan
rendah ataupun kelompok B40 mampu memiliki perlindungan insurans seperti yang
disasarkan. Pelan Perlindungan Tenang dikatakan mampu untuk menyelesaikan isu
produk insurans mahupun insurans yang sangat komplek di Malaysia sehingga
membebankan rakyat.

 

 

·        
Skim Agro Insurans

 

Skim
ini adalah untuk membantu golongan petani yang ditimpa bencana yang tidak
diduga atau musibah. Skim insurans bagi golongan tani ini merupakan salah satu
langkah yang lebih efektif di samping menjamin kebjikan isi rumah golongan yang
terlibat daripada sebarang bencana yang boleh terjadi dan kehidupan mereka akan
lebih terjamin. Seterusnya, skim insurans ini dapat memberi manfaat yang sangat
berguna kepata setiap petani. Menurut Utusan Malaysia (2016), skim insurans ini
telah diperkenalkan oleh negara lain seperti Filipina dan Indonesia.

 

·        
Pelan Perlindungan Mikro 1 Malaysia
(1MMPP)

 

Pelan
perlindungan ini telah dilancarkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
dan ditubuhkan untuk meningkatkan capaian serta kemampuan perlindungan takaful
dan insurans kepada rakyat Malaysia. Tambahan pula, pelan ini adalah dibuka
kepada perniagaan kecil, perniagaan mikro dan juga individu yang mahukan perlindungan
kewangan yang mampu dibiayai jika berlaku sebarang musibah seperti kematian,
kemalangan, kebakaran dan penyakit kritikal yang memerlukan pembiayaan rawatan.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, pelan ini menawarkan empat pilihan iaitu
insurans hayat, takaful keluarga, insurans am, dan takaful am dengan
produk-produk konvensional dan takaful yang mempunyai ciri-ciri perkongsian
perlindungan dalam terma dan syarat serta premium. Skim 1MMPP menawarkan premium
yang lebih rendah berbanding skim-skim insurans yang lain, dengan bayaran
bulanan adalah kurang daripada RM20 dan mampu untuk melindungi diri.

 

 

Kesimpulan

 

Perkembangan
industri insurans dan takaful di Malaysia semakin melangkah maju kehadapan
selari dengan ekonomi Malaysia yang berpendapatan tinggi. Pelbagai produk
insurans dan takaful telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia bagi
menyediakan perlindungan serta jaminan kebajikan kepada masyarakat yang
memiliknya. Namun yang demikian, ada segelintir pihak yang mempunyai kekangan
kewangan tidak mampu untuk membayar premium bulanan. Oleh itu, pihak penanggung
insurans dan takaful telah bertindak terhadap masalah yang dihadapi oleh
golongan tersebut dengan menawarkan pilihan produk yang memntingkan kos kepada
pengguna. Dengan ini terdapat pelbagai skim insurans yang ditawarkan untuk
golongan berpendapatan rendah seperti kelompok B40 dan beberapa kajian yang telah
dijalankan mendapati bahawa Malaysia telah menawarkan insurans mikro sejak awal
lagi. Produk insurans mikro ini dikhususkan kepada golongan yang berpendapatan
rendah sahaja. Di samping itu, skim insurans mikro telah banyak memberi manfaat
kepada masyarakat dalam kalangan yang berpendapatan rendah.

Pelbagai
usaha yang dilakukan oleh badan kerajaan untuk membantu kelompok B40
terutamanya dalam menawarkan insurans yang sesuai serta layak untuk mereka.
Termasuk skim perlindungan yang menyediakan pembayaran premium yang sangat
rendah untuk dibayar secara bulanan. Dengan jumalah premiumyang redah, semua
rakyat Malaysia mampu memiliki perlindungan insurans seterusnya menjamin
kehidupa serta kebjiakan pewaris. Justeru itu, hal ini akan meningkatkan taraf
hidup rakyat daripada berpendapatan rendah kepada sederhana dan seterusnya
tinggi.